My undergraduate reseach project..from http://robert2007.blog.com/?page=3
i still remembered, this news was published in Harian Metro but unfortunately, did't keep it as my personal copy...Enjoy your reading!
Sabun cantikkan kulit
KELEBIHAN dan keberkesanan yang ada pada sabun susu kambing menjadikan produk itu pilihan kebanyakan masyarakat hari ini. Ia bukan saja kaya dengan mineral serta protein, tetapi mengandungi pelbagai vitamin berguna sebagai pencuci dan pelembab paling mujarab untuk kulit.
Ini kerana susu kambing mempunyai kandungan lemak tinggi jika dibandingkan dengan susu lembu. Selain itu, ia mengandungi asid lemak yang penting (essential fatty acids) seperti linoleic dan arachidonic asid yang diperlukan badan.
Ia juga kaya dengan kalsium, vitamin B-6, vitamin A, potassium dan selenium.
Hari ini, ada pelbagai produk sabun susu kambing hasil campuran susu kambing dengan bahan lain, seperti herba atau Aloe Vera, untuk memperolehi kesan lebih baik.
Bagaimanapun, kini penyelidik dari Universiti Malaya (UM) berjaya menghasilkan sabun susu kambing campuran herba dan dadih - dipercayai yang pertama dihasilkan di negara ini.
Sabun yang dinamakan Sabun Herba Yoghurt Susu Kambing (Soaphy) itu berkhasiat untuk memutihkan kulit, menyingkirkan sel mati, mengatasi masalah seperti kulit kering, ruam, jerawat juga membersih dan melembapkan kulit.
Menurut Ketua Penyelidik yang mencipta sabun berkenaan, Profesor Madya Dr Ahmad Salihin Baba, campuran ketiga-tiga bahan itu berupaya mendapatkan hasil lebih baik dengan gabungan kelebihan setiap bahan.
Katanya, Soaphy mengandungi 30 peratus susu kambing sejati yang dicampurkan dengan herba seperti daun jambu batu (guajava), kayu manis (cinnamon), bunga lawang (verum), lada hitam (nigrum) atau herba cina (japonica) dan sedikit dadih.
Selain campuran itu, Soaphy turut dihasilkan daripada ramuan berkualiti tinggi, antaranya minyak kelapa sawit, minyak kelapa dan wangian pati tumbuhan.
Campuran
"Soaphy tidak mengandungi pewarna atau pengawet tiruan, begitu juga susu kambing tidak dicampur air dan susu tepung.
"Dengan bahan berkualiti serta dengan campuran betul, didapati kandungan asid organiknya bertambah, sekaligus berpotensi meningkatkan kecerahan kulit berbanding biasa," katanya ketika ditemui pada Ekspo Penyelidikan dan Inovasi UM 2004, baru-baru ini.
Beliau yang juga pensyarah di Bahagian Biokimia, Institut Sains Biologi, Fakulti Sains UM berkata, herba menjadi pilihannya kerana ia memang diakui berkhasiat seperti melancarkan perjalanan darah, awet muda serta menambah selera makan.
Menurutnya, dadih pula mengandungi sejenis bakteria, probiotik, yang berupaya mengatasi masalah penghadaman susu.
Katanya, dadih juga berupaya mengeluarkan sejenis enzim, beta-galaktosidage yang boleh menghuraikan laktosa kepada dua bahagian, iaitu glukosa dan galaktisa.
"Beta-galaktosidage akan menghuraikan laktosa menjadi glukosa dan galaktisa, yang mana kedua-duanya boleh menjadi sumber tenaga kepada seseorang apabila meminumnya," katanya.
Ahli kumpulan, Mohd Nuruddin Abd Manap, 22, berkata melalui kajian makmal, mereka mendapati kandungan anti-oksida dan anti-mutagen Soaphy adalah tinggi, sekaligus boleh mengelakkan kanser berlaku.
"Mutagen adalah ejen yang menyebabkan mutasi berlaku. Proses mutasi ini, iaitu pembahagian sel tanpa kawal, boleh menyebabkan perubahan kepada DNA (deoxyribonucleic acid) yang menjadi punca wujudnya kanser.
"Selain itu, sabun ini berkesan sebagai aromaterapi kerana baunya wangi disebabkan penggunaan wangian pati tumbuhan. Jadi ia selamat, lembut serta mesra kepada alam sekitar mahupun penggunanya," kata pelajar tahun akhir Bio Kesihatan Institut Sains Biologi, Fakulti Sains UM itu.
Selain Mohd Nuruddin, ahli kumpulan lain yang menghasilkan Soaphy itu ialah Khairul Bariah Abu Hassan Asshaari dan Aidah Shamsuddin.
Menurutnya, kajian untuk menghasilkan Soaphy sejak empat tahun lalu itu mendapat bantuan Majlis Kanser Nasional (Makna) dengan tujuan membantu mereka yang memerlukan.
Thursday, January 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment